I write this to share with those yang baru plan nak pegi ke Legoland Malaysia. Review la kononnya...hehe...I hope it will help!
Ok, mula-mula, sebelum pergi, it is good if you can spend sometime untuk google sikit pasal tempat tu, then only you can start with your preparations. Make sure you wear something casual, or else you would be like clowns in there. Ada juga hakak-hakak yang pakai baju kurung, kebaya ketat, yang ako anggap sangat la tak sesuwaiiii dengan keadaan disana yang open-air, panas yang hamat serta bilangan orang yang ramai sesangat. Lagi pun, kau nak pegi 'main-main', bukan nak berdondang sayang. KEBAYA,BAJU KURUNG dan sebagainya amatlah tidak digalakkan yer...kang tersungkur kat tengah orang ramai,haru wehhh...
Bab tiket, elok kiranya kalau korang beli siap dari rumah, dengan kata lain, online purchase, sebab ada diskaun dan tak payah beratur panjang. My experience, ako pergi sana secara ad hoc, makanya,ako perlu beratur panjang, ada la dekat satu kilometer kot...satu jam beratur baru ako manage to get the tickets. Panas terik, mata dah kelabu menunggu tiket...harga tiket dewasa RM140, kanak-kanak RM110 dan OKU RM70, half price. Ako tau rega OKU sebab ako bawak mak ako yang berkerusi roda pergi redah ke Legoland skali...keh keh keh...
I will give you some tips to save $ - ako beli tiket guna beberapa voucher. Voucher SHELL, tak la untung sangat sebab ko kena beli minyak Ron 97 (minyak tu super dupper mahal) untuk dapatkan voucher diskaun RM40. Voucher kedua yang ako gunakan ialah voucher jajan double decker 35% discount for entrance fee. Yang ni memang berbaloi sebab keropok jajan tu hanya beharga lebih kurang RM1.50, tapi voucher yang diberikan sangat lumayan...diskaun RM49, lebih 9 hengget dari yang SHELL bagi... Lagi satu ako pakai voucher susu dutch lady for my dotter...Dia dapat masuk PREE dengan syarat seorang dewasa kena bayar penuh RM 140. Untung la sebab bayar RM140, RM110 yang untuk kanak-kanak waived! Lagi satu,korang boleh berjimat dengan makan minum siap-siap di shopping mall depan Legoland sebelum korang masuk ke dalam Legoland. shopping mall tu opposite Legoland, about 2mins walking distance. Kat situ ada banyak restoran dan kedai-kedai. Makan la puas-puas. Kenapa ako suruh korang makan puas-puas kat sana, sebabnya, dalam Legoland, harga makanan jadi terlalu mahal, sepinggan nasi lemak will cost you RM22. Buah potong, RM5, krusher RM10 etc... Memang mahal yang hamat. Kalau ada bawak anak,elok la bawak stroller, sebab penat nak berjalan... Ako sewa stroller yang boleh memuatkan 2 orang budak, RM30... Tapi unrefundable ye...sila pasang niat sedekah RM30 tu kepada Legoland masa anda buat bayaran. hehe...
Ok, next, perjalanan ako mulakan dari sebelah kanan. Ako pon baca review kat tripadvisor jer...perlu diingatkan Legoland adalah tempat untuk kanak-kanak,permainan untuk orang dewasa adalah limited...serius! Antara permainan yang ada - memandu kereta untuk kanak-kanak, memadam api kebakaran kononnya...yang ni dewasa pon boleh main,tapi memenatkan sebab nak kena pam kereta tu untuk bergerak. Tower - yang ni pon orang dewasa boleh join sekaki, bot - orang dewasa boleh main skali, bot berputar pun org dewasa boleh main skali tapi awas baju anda mungkin basah, sampan meluncur dari tempat tinggi hanya untuk dewasa dan kanak-kanak yang dah cukup ketinggian, tapi baju akan kuyup! Elok bawak baju spare. Tapi takpe, Legoland ada sediakan tempat mengeringkan pakaian, RM5 seorang sekali guna.kapal terbang berpusing untuk kanak-kanak,crazy cups untuk dewasa dan kanak-kanak,train ride dan macam-macam lagi. Sila google untuk senarai ride yang ada di Legoland.opps... lupa,ada juga carnival games yang menawarkan pelbagai soft toys yang cute. Untuk pengetahuan korang, terlalu ramai pengunjung menyebabkan kesesakkan kat rides, perlu beratur panjang, dan ada kalanya, perlu tunggu berjam lamanya untuk naik sesuatu ride. Harap maklum ye.
Di sana korang tak boleh suka-suka hati nak smoke. If you wish to smoke, you have to go to the smoking area. Kalau tidak,ada pak Guard yang akan sound korang. Hihi...
Ada banyak gift shop kat dalam Legoland, korang boleh beli macam-macam. Ako cuma beli keychain dan raincoat for my dotter. Itu pon dah berpuluh hengget. Keychain paling murah RM19.90...
Ada banyak tempat duduk,kalau penat boleh berhenti duduk,tengok orang...hehe...tapi jangan duduk lama sangat sebab nanti korang akan buang masa, dah ler nak naik ride pun kena beratur lama,waktu operasi tutup jam 8 malam... Ako memang tak minat nak pergi ke sana lagi, anak ako pon tak nak ke sana lagi sebab katanya boring nak beratur panjang untuk main dan dia kata berjalan jauh kat dalam Legoland tu sangat-sangat memenatkan... Ada beberapa keping gambar untuk dikongsikan...kualiti kurang memuaskan sebab pakai ipad sahaja.ako mmg tak minat kamera-kamera nie...hiks...
Sekian review dari ako,harap dapat membantu... :-))












No comments:
Post a Comment